Mari ke ke sini.. selak hela demi helai.. duduk disini, titik satu demi satu, aku ingin heret minda2 yang terasa jauh, biar jadi dekat. aku ingin fahamkan mereka yang tersilap, biar jadi jelas. ini satu hakikat..
ini bukan kisah cinta yang aku karang seenak rasa, ini bukan mitos klasik yang aku curi dari penlipur lara. ini kisah bangsa melayu di suatu sudut benua, kisah yang punya perawi dan aku diantaranya.. ini bukan cerita dusta!! aku x upaya turap butir kata ke dalam pembuluh darah mereka hingga ia mengalir ke jantung. aku x punya kudrat untuk gantung lembaran ini di dada jumantara, hingga disaksi oleh semua mata-mata. aku sekadar mengukir diatas kuras parsi, biar mata dan jantung mereka lihat sendiri. ini satu reality, disini ada cinta, kecewa, derita, setia, hemah, dan bijaksana. ini kehidupan sudah pasti ada segalanya. aku ingin antum semua rasa dalam cangkir dakwat dan tinta, biar ia berubah menjadi segugus doa, segulung mentera. aku mahu ia menyusur mantera, mengakar serimba, menjalar semesta, dan meratai seluruh pelusuk dunia. ia bukan enigma, bukan satu kisah pura, tapi hakikat dari sebuah cerita, cerita aku... cerita kita..
aku xmau mereka mengata dalam buta, aku x suka orang yang langgar rusuk kerengka krn x sedar wujudnya kita. aku mahu dunia tahu hasrat ang menyala. biar mereka sendiri akui bahawa ini adalah cerita yang prlu digantung setara, ditugu setakhta, dijunjung setia, hingga akhir masa. entah bila ia bermula tiada bingkai waktu yang pasti dalam memoriku namun kembara itu adalah titik permulaan heratif ini. ketika saat usia ku 21 tahun......
No comments:
Post a Comment